Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Monday 22 August 2011

PerLu taHu !!

                



PERLU TAHU!!(For Boys and Girls)NAk KOMEN BAGI PENDAPAT PUN BOLEH~
Hari ni aku nak kongsi serba sedikit maklumat yang ada hubungan dalam kehidupan kita seharian.Kebanyakan statement memang betul hasil kajian aku sendiri,hahaa..Kalau korang aku x tahu la..Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang belum tahu tentang info ni..So luang-luangkan masa  korang membaca info ni! 




  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini yang menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu.
  • Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu.
  • Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai kamu.Aihhhh??pelik??Fikir2 kan...
  • Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum dia tidur..Haa..Siapa ya??
  • Kamu amat bermakna dalam hidup seseorang.
  • Kalau bukan kerana kamu,seseorang tu takkan hidup bahagia.
  • Kamu seorang yang istimewa dan unik.
  • Seseorang yang kamu tidak ketahui menyayangi kamu..(Wahh..secret admire lah!)
  • Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar,pasti ada hikmahnya.(sebaiknyer elakkan la).
  • Sekiranya kamu rasa kamu dipinggirkan,fikirlah semula.Mungkin kamu yang meminggirkan mereka!
  • Sekurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.
  • Kenangilah segala pujian yang kamu terima.Lupakan segala maki hamun,caci dan cela.





                            Alamak!!!!!! PLKN!!!!! huaaaaa rasa macam nak nangis jer ...
Saat yang aku paling tak suka dah datang! hemm...terpaksala aku p..Dah tak boleh nak elakkan ...huhuu makkkk...tolong !!! 

                          10 haribulan ni aku berangkat ke sana.So harap2 korang doakan aku baik2 jer kat sana eh?Takutla jugak sebab dengar macam-macam citer yang jadi kt sana..Antara citer yang aku pernah dengar ada yang balik dari kem tu sakit,dan paling teruk dan MENDUKACITAKAN ada yang meninggal! Takutnya aku dengar..

                          Kalau nak tahu,aku dapat kem PLKN di Kuala Nerang.Hehee keseorangan la aku kali ni sebab kawan-kawan aku semua dah sambung study..Aku jer belum lagi..tak boleh bayangkanla aku kat sana..Balik rumah mesti dah bertukar warna kulit muka ni!hehee Takper,aku tak kisah asalkan der pengalaman ala tentera la katakan..huhuu

                          Sob...Sob..Sob...Tetiba terasa sedihla pulak nak tinggalkan family aku ..Tambahan pulak my lovely mum tak berapa sihat and she need me to accompanying her! .OMG.....(Oh My God)..Tapi takpe lah..mungkin ada hikmah di sebalik ni kan..Korang doakan my mum cepat sembuh yer??So kalau aku pergi sana takla bimbang sangat kalau my mum sembuh..Sikit pun takper..

                        Wahai PLKN...mengapa aku??hahaa...Kenapala aku yang dipilih?Padahal ramai lagi yang nak pergi tapi tak dapat, tapi orang yang tak nak pergi dapat pulak?Hairan bin Ajaib betul kan..Mungkin kena niat nak p kot baru tak dapat ?hehee..Whatever la... So selama 3 bulan la aku kat sana ...@##%&*#@*#@&.........Ya Allah..tabahkanlah  hatiku!Kau peliharalah diriku dari segala malapetaka atau sesuatu yang tak diingini terjadi..Amin..