Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Wednesday 17 August 2011

~SiTi SaLeha~



Siti Saleha Semakin Popular Dan Digilai
Namanya kini semakin melonjak naik terutama apabila lakonannya dalam drama 'Nora Elena'
mendapat perhatian ramai. Hinggakan ke mana-mana sahaja dirinya pergi nama Siti Saleha bertukar
menjadi Nora Elena. Begitulah kesan watak yang dibawanya. Di hati para peminat. namun begitu adik kepada penyanyi Sam Bunkface ini tidak mudah mendabik dada serta menganggap itu hanya satu kejayaan kecil yang diperolehinya. masih banyak yang harus dikejar dalam sunia seni dan menganggap ini suatu permulaan. malah Siti saleha juga Tidak mahu terlalu terburu-buru dalam mencipta nama.Biarlah dia mendaki satu persatu tangga kerana percaya kejayaan yang datang dengan mudah selalunya tidak bertahan lama sebaliknya kejayaan yang datang dengan usaha yang tidak putus-putus adalah lebih kekal.

Jom kenali gadis berwajah ayu ini dengan lebih dekat lagi dan berkongsi cerita Ramadhan dengannya. Kenali siti saleha... Bulan Ramadhan merupakan bulan yang kita perlu melipat gandakan amalan kita seperti membaca Al-Quran dan beribadah

Perkembangan terkini?
Seperti ramai yang tahu saya baru sahaja habis penggambaran ‘Nora Elena’. Selepas raya, ada drama Melayu epik di TV3 dan saya baru sahaja selesai penggambaran iklan ‘Enchanteur’ terbaharu. Kebiasaannya apabila tidak ada sebarang penggambaran drama, saya akan tumpukan perhatian pada pengajian di kolej.

Adakah Saleha puas dengan pencapaian setakat ini?
Kehendak manusia memang tidak terbatas dan walaupun masih banyak yang saya inginkan dalam kehidupan  saya tetapi saya agak puas dengan apa yang dicapai hari ini. Sudah tiga tahun saya menceburi bidang seni ini tetapi kerana dalam masa yang sama saya sibuk dengan belajar, saya hanya mampu bekerja secara perlahan. Namun apa yang membanggakan, saya tetap terus diingati. Lebih gembira lagi ‘Nora Elena’ telah memberi sinar lagi pada kerjaya saya.


Saleha kurang dikaitkan dengan gosip, bagaimana menjaga diri agar terhindar dari gosip-gosip terutama gosip murahan?
Syukur. Itu yang saya takutkan sejak berkecimpung dalam dunia seni ini kerana saya percaya siapa sahaja yang masuk dalam bidang ini memang tidak boleh lari daripada
gosip. Namun setakat ini saya dapat menghindarinya. Bagi saya, perkara pertama ialah jangan mulakan gosip. Pandai buat apa yang betul dan jangan terlalu fikirkan glamor kerana apa yang lebih penting serlahkan bakat yang ada dalam diri.


Watak yang paling diidamidamkan?
Saya mengharapkan watak-watak yang mencabar. Kalau boleh watak yang digandingkan dengan adegan aksi serta watak jahat.

Saat remaja merupakan saat yang paling menyeronokkan. Namun saleha terpaksa korbankan saat-saat itu kerana aktiviti seni yang terlalu sibuk.Bagaimana cara membahagikan masa untuk diri dan kerjaya?
Tidak. Saya tetap seorang remaja dan saya masih melakukan aktivitiaktiviti remaja bersama kawan-kawan.Misalnya menonton wayang, lepak sambil berbual hal-hal semasa dan sebagainya. Namun sedikit membezakan saya dengan remajaremaja seusia saya ialah saya agak cepat matang dan tahu bagaimana menyelesaikan masalah dengan sendiri kerana sifat berdikari yang ada dalam diri serta pengalaman saya berlakon serta berjumpa dengan orang dalam usia yang muda.


Lakonan Saleha yang paling disukai setakat ini dan kenapa?
Semestinya sebagai ‘Nora Elena’kerana ia satu tanggungjawab yang besar dan bukan mudah untuk membawakan watak tersebut. Terus terang saya agak tertekan sepanjang penggambaran berlangsung. Namun ia sangat berbaloi memandangkan drama tersebut berjaya mencetuskan satu fenomena kerana mendapat ramai pengikut dan peminat. Tidak    menyesal menjalani sesi penggambaran drama tersebut selama tiga bulan.

Kebiasaannya ramai artis mengurangkan aktiviti seninya sepanjang bulan Ramadhan kerana mahu menumpukan perhatian kepada ibadah puasa.Bagaimana pula dengan Saleha?
Sama juga seperti orang lain, saya juga turut mengurangkan aktiviti seni saya. Bagi saya, bulan Ramadhan merupakan bulan yang kita perlu melipat gandakan amalan kita seperti membaca Al-Quran dan beribadah. Bukan itu sahaja, saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berbuka bersamasama dengan keluarga tersayang. Saat ini penting dan hanya dapat diperoleh setahun sekali. Kalau tidak digunakan sebaiknya sangatlah rugi.


Kenangan bulan puasa yang tidak boleh dilupakan?
Sehingga ke hari ini, saya tidak dapat melupakan memori bulan Ramadhan sewaktu berusia 12 tahun. Pada waktu itu, ayah masak nasi goreng ikan bilis untuk berbuka. Semasa berbuka, nasi goreng tersebut sangatlah masin. Waktu itu kami semua ketawa besar mengenangkan nasi masin. Nasib baiklah ada makanan lain pada waktu itu.

Kurung Riau Penyeri Lebaran 2011

Kurung Riau Penyeri Lebaran 2011

Variasi Sifon Pelengkap Gaya

Variasi Sifon Pelengkap Gaya