Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Saturday 29 October 2011

Fizz Fairuz Pilih Irma Hasmie Jadi Isteri

Assalamualaikum..


Korang kenal tak pelakon Fizz Fairuz dan Irma Hasmie?Betul ke Fizz Fairuz pilih Irma Hasmie jadi isteri dia?Macam mana pulak hubungan Fizz Fairuz dengan Almy Nadia?Takder angin pun pokok bergoyang kan?Hurm..Saya terkejut jugakla bila baca cerita ni..Tapi nak buat camner kan,jodoh mereka..


Jap..baca bagi habis dulu ok..aha..Tapi jodoh mereka yang saya katakan tu hanyalah dalam tv je..huhu..Dah terkena kan..Mula-mula saya baca pun terkena jugak..Tengok-tengok..hanyalah lakonan semata-mata.Pelik jugak laa,,diorang takder gosip apa pun tetiba je nak kahwin..Cerita ni dah lama ditayangkan,kat tv1..Cuma saya jarang buka saluran tv1,tu yang tak tahu tu...Fizz Fairuz Pilih Irma Hasmie Jadi Isteri..


Nak tau lanjut lagi tengok bawah..Siap der sinopsis cerita lagi tau..





Mencari bidadari mengisahkan Hakim, pemuda yang berpegang kuat pada agama. Dalam usia menghampiri 30 tahun, dia masih belum berkahwin biarpun dirinya memang digilai oleh ramai wanita.

Akibat desakan ibu bapa, Hakim memberitahu yang dia sudah hilang keyakinan terhadap anak gadis zaman yang boleh menjadi isteri. Selepas dipujuk, dia menyerahkan keputusan mencari pasangan hidup kepada ibu bapanya. Mereka telah bertemu seorang guru pondok yang mempunyai anak dara yang cantik dan berakhlak tinggi.

Hakim setuju bertunang dalam masa tiga bulan dan langsung tidak mahu melihat pasangannya. Sebelum bernikah, bapa pengantin perempuan memberitahu Hakim yang anak gadisnya pekak, bisu dan buta. Hakim terkejut dan memandang kepada ibu dan bapanya lalu memberitahu bakal bapa mentuanya bahawa dia yakin dengan pilihan ibu dan bapanya.

Selepas bernikah bapa mentuanya meminta dia pergi mendapatkan isteri di dalam bilik untuk melihat dan menyarung cincin perkahwinan. Hakim terkejut isteri yang dikatakan buta itu tidak buta atau mengalami sebarang kecacatan lain. Apakah rahsia yang disembunyikan mereka? Adakah isterinya benar-benar bisu, pekak dan buta atau pun kenyataan itu hanya sekadar mahu menguji sejauh mana kepercayaan Hakim terhadap jodoh?

Telefilem Mencari Bidadari turut dibintangi oleh Fathil Dani, Razali Buyong dan Rose Iskandar bakal disiarkan pada jam 10.30 pagi menerusi saluran TV1. Selamat menonton!