Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Tuesday 23 August 2011

Chipmunk-ku

My LittLe Chip



Assalamualaikum...
hehee...Cute tak chipmunk ni?Siap pkai necklace lagi kan?Kalau korang perasan,huruf kat necklace tu huruf pe?Mestila i..for iqbaL..^_^..Haa...Chipmunk ni antara barang yang paling aku sayang  sekali dalam hidup aku..Tau tak kenapa?Sebabnya chipmunk ni aku beli dengan mr waniQ aku,huhuu so satu kat aku n kembar dia da kat mr waniQ..

Hemm..kesian kat chipmunk ni tau..Tau x kenapa?huhuu setiap kali aku sedih,happy atau da problem mesti aku mengadu kat dia tau..Nak ngadu kat mr waniQ dia stay jauh..So chipmunk ni la yang jadi peneman suka duka hidup aku..
hujan panas,kemarau dan salji mesti dia ada kat sisi aku..hehee Dahsyatnyer...der salji kt KeDAH!! hahaa..So aku nak ucapkan thanks banyak-banyak kat mr waniQ sebab bagi gift yang kiut-miut ni kat aku.Nasib baikla chipmunk ni x boleh nak bercakap kan..Kalau tak Boleh jadi rakan facebook aku dah..huhuu

Monday 22 August 2011

PerLu taHu !!

                



PERLU TAHU!!(For Boys and Girls)NAk KOMEN BAGI PENDAPAT PUN BOLEH~
Hari ni aku nak kongsi serba sedikit maklumat yang ada hubungan dalam kehidupan kita seharian.Kebanyakan statement memang betul hasil kajian aku sendiri,hahaa..Kalau korang aku x tahu la..Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang belum tahu tentang info ni..So luang-luangkan masa  korang membaca info ni! 




  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini yang menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu.
  • Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu.
  • Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai kamu.Aihhhh??pelik??Fikir2 kan...
  • Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum dia tidur..Haa..Siapa ya??
  • Kamu amat bermakna dalam hidup seseorang.
  • Kalau bukan kerana kamu,seseorang tu takkan hidup bahagia.
  • Kamu seorang yang istimewa dan unik.
  • Seseorang yang kamu tidak ketahui menyayangi kamu..(Wahh..secret admire lah!)
  • Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar,pasti ada hikmahnya.(sebaiknyer elakkan la).
  • Sekiranya kamu rasa kamu dipinggirkan,fikirlah semula.Mungkin kamu yang meminggirkan mereka!
  • Sekurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.
  • Kenangilah segala pujian yang kamu terima.Lupakan segala maki hamun,caci dan cela.





                            Alamak!!!!!! PLKN!!!!! huaaaaa rasa macam nak nangis jer ...
Saat yang aku paling tak suka dah datang! hemm...terpaksala aku p..Dah tak boleh nak elakkan ...huhuu makkkk...tolong !!! 

                          10 haribulan ni aku berangkat ke sana.So harap2 korang doakan aku baik2 jer kat sana eh?Takutla jugak sebab dengar macam-macam citer yang jadi kt sana..Antara citer yang aku pernah dengar ada yang balik dari kem tu sakit,dan paling teruk dan MENDUKACITAKAN ada yang meninggal! Takutnya aku dengar..

                          Kalau nak tahu,aku dapat kem PLKN di Kuala Nerang.Hehee keseorangan la aku kali ni sebab kawan-kawan aku semua dah sambung study..Aku jer belum lagi..tak boleh bayangkanla aku kat sana..Balik rumah mesti dah bertukar warna kulit muka ni!hehee Takper,aku tak kisah asalkan der pengalaman ala tentera la katakan..huhuu

                          Sob...Sob..Sob...Tetiba terasa sedihla pulak nak tinggalkan family aku ..Tambahan pulak my lovely mum tak berapa sihat and she need me to accompanying her! .OMG.....(Oh My God)..Tapi takpe lah..mungkin ada hikmah di sebalik ni kan..Korang doakan my mum cepat sembuh yer??So kalau aku pergi sana takla bimbang sangat kalau my mum sembuh..Sikit pun takper..

                        Wahai PLKN...mengapa aku??hahaa...Kenapala aku yang dipilih?Padahal ramai lagi yang nak pergi tapi tak dapat, tapi orang yang tak nak pergi dapat pulak?Hairan bin Ajaib betul kan..Mungkin kena niat nak p kot baru tak dapat ?hehee..Whatever la... So selama 3 bulan la aku kat sana ...@##%&*#@*#@&.........Ya Allah..tabahkanlah  hatiku!Kau peliharalah diriku dari segala malapetaka atau sesuatu yang tak diingini terjadi..Amin..

Sunday 21 August 2011

Stiletto High heels

 Awesome!! There's High heels..

Untuk peMinat setia high heels pulak!! Sekadar 'jamu mata'(orang KEDAH cakap) hehee..

                    Fuhh...Cantik kan...Tinggi x heels tu?Kalau berani cuba ,Cubala..Warna pun agak menyaerlah,nampak lebih feminin sesuai dengan gaya remaja masa kini! *_* Beautiful !
Blue+Black..combine colour
WhitE_stiletto




  Wows!! hehee i like!..Tapi orang kata pkai high heels ni buat kaki kita sakit.Betol ke??Hahaa memang betol..Aku dah cuba..Tambah lagi bila kita nak pergi shopping..Round banyak kali,silap haribulan tapak kaki kita pecah2..Bila time malam menjelma..huuuu sakitttt!!! tapi those yang dah biasa tu rileks jer kan...Lagipun krim tuk damage toe dh der kt pasaran,ape yang nak dirisaukan lagi..X gitu? ^_^

Flat Shoe!!

assalamualaikum semua...
selamat petang...
selamat petang jugak tuk mr waniQ aku yang selalu membaca post2 aku ni..^_^

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang 'favorite' idaman kalbu aku ni..That's about THE FLAT SHOEs ..hehee..
Aku memang minat giler ngan flatshoe ni..Nampak cute,elegan n comfortable ngan sesaper yang sukakan simple2 jer(include me) huhuu... Sekarang jom kita tengok antara FLAT SHOES yang membuatkan aku interesting ngan material tu..


sports wear for rugged
                                         Cantik tak?hehe..yang ni sesuai tuk sesaper yang  berpenampilan blouse n  jeans dan sesuai tuk girls yang ingin tampak lebih rugged .

                Ha,,yang ni pulak tuk girls yang inginkan gaya 'feminin'..Lebih pinky kan?so saper yang interesting in pinky mode bolehla try !! (i'm also) hehee..

            Wah...Yang ni lebih cute kan??heehee I Like!! Kalau dipadankan dengan baju raya yang masih tersangkut di dalam almari tu fuuhh..meletop kan?Cuba try kalau x percaya..HuHuu Like sangat-sangat.Tapak kasut ni pun lebih lembut,So takkan buatkan kaki girls merekah! Let's try it now!


                                        Yang ni pun x kurang cantiknya kan..Kiut-miut..hehee..These for who wants to seen elegant n be impressed..Warna yang menyerlah akan membuatkan si pemakai tampak lebih menyerlah compared to another girls..^_^

Thursday 18 August 2011

Tips Motivasi Ckit Yer...

wahh sedapnyer cupcake ni kan..yummyy...manis,lazat dan berkrim.begitu jugak dengan kehidupan kita.Mesti seronok kalau kehidupan kita macam cupcake ni kan?Kemanisan menambahkan rasa asam garam dalam kehidupan kita.Walau sehebat  dan setinggi mana pun kehidupan kita,jika xder kemanisan dalam kehidupan itu,pasti hambar.So saya sediakan ckit-ckit tips untu anda semua..enjoy reading it ya..





SAJIAN GULA-GULA KEHIDUPAN
           SECAMcA kEMAAFaN
 Walau sebanyak mana pun seseorang tu melakukan kesalahan,pasti ada kebaikan yang dilakukannya.JaDi ambillah yang positf tu dan tinggalkan yang negatif supaya hati kita lembut untuk memaafkannya.

     SECUbIT sENyuMAN
Dengan senyuman jugak boleh membuatkan hidup kita ceria tau..kalau nak tahu,ada satu fakta menyatakan senyuman membuatkan kita akan lebih kelihatan muda daripada usia yang sebenar..jadi banyakkan lah senyum yer!

           SetangKai KeYakiNan DiRi
Percaya atau tak,tanpa keyakinan kehidupan akan menjadi hambar.Tanpa keyakinan kita mesti malu nan berhadapan ngan orang kan.Sesetengah faktor ialah kekurangan diri sendiri.Ketahuilah tiada orang yang sempurna atas muka bumi ni.

           SeGengGam TekAd dAn Azam
Dengan azam,pasti kita akan lebih bersemangat untuk jalani kehidupan seterusnya menjadi orang yang punya matlamat dan kehidupan yang lebih teratur.

           HoRmaT-MenGHorMati 
           SecukuP raSa
Kehidupan akan menjadi lebih manis apabila kita menghormati orang di sekeliling kita.tak kira muda atau tua.Sesudah itu,kisar bersama sifat ringan tulang dan hasilnya,kehidupan harmoni sudah sedia menanti kita.

                                         sElamat menCuBa tau....