Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Tuesday 13 September 2011

Wasiat Nenek...




Assalamualaikum!!
Hari ni aku nak berkongsi satu wasiat yang tersangatlah lucu..Eh?wasiat pun lucu ke?Mesti laa..Kalau tak percaya meh pakat-pakat baca ehh..
 

  




     Watak/Perwatakan

  • Nek Jah: Nenek kepada Aiman
  • Aiman   :Cucu Nek Jah
  • Pak Din :Jiran Nek Jah yang Warak


Kisah bermula di sini~~

Nek Jah telah lama terlantar di hospital akibat sakit tua.Dalam keadan nya yang semakin tenat,keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa pu.Lalu Aiman,cucu tunggal Nek Jah mencadangkan agar mereka memanggil Pak Din untuk membacakan doa buat Nek Jah.

Dalam keadaan yang tak terdaya itu,Nek Jah meminta cucunya,Aiman,sekeping kertas dan sebatang pen.Aiman segera mendapatkannya.Kemudian Nek Jah mencatat sesuatu di atas kertas tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada Pak Din.

Pak Din menganggap kertas itu adalah wasiat terakhir daripada Nek Jah.Tidak elok dibaca ketika hayat orang tua itu masih ada.Lalu kertas tersebut dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Beberapa jam kemudian,Nek Jah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Pak Din turut menguruskan jenazah arwah Nek Jah.Selepas selamat dikebumikan,tiba-tiba Pak Din teringat akan kertas yang diberikan oleh Nek Jah sebelum orang tua itu menghembuskan nafas terakhirnya.

   "DIN...KAU JANGANLAH PIJAK SALURAN OKSIGEN AKU NI.SEMPUT AKU TAK BOLEH BERNAFAS!!" 


HAHAA kesiannn Nek Jah!!

p/s:Cerita ni takder kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang dah meninggal dunia..