Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Sunday 15 July 2012

Busy Again

Salam 1 Malaysia...:)                                                                          At 2:05 am
Dah lama saya tak update blog ni...Tak sempat sebenarnya..Tambahan lagi saya baru je masuk semester ke-2..Bertambah lagi tanggungjawab yang perlu dipikul..
Semester ni agak sibuk dengan assignment dan kefahaman tentang subjek yang diajar..Sebab nanti kan kene tolong orang kat hospital..Kalau tak tahu basic yang penting susah tu,,,Boleh mati patient.
Medical+surgical nursing+anatomy..semuanya susah...


Insyaallah boleh..Doakan saya..Last but not least...My new "peeps"!
Dari "peepless" ------> "Peep hijau"
Bangga sebab bukan senang nak lulus final..:)) ^_^








Muka masih lagi kebudak-budakan..Sorry to say..:)
Nyte.

Friday 17 February 2012

Tarian 1 Malaysia

Assalamualaikum..
Asyik membelek gambar tetiba je terbuka folder tarian..So nak cerita pasal tarian lah..Hehee..

Sebenarnya beberapa hari yang lepas,kolej sy der buat pertandingan tarian 1 Malaysia..So perlawanan ni antara batch la..Disebabkan nak penuhkan mata jam kredit koko,saya sanggup amik bahagian dalam tarian walaupun saya x suka tarian-tarian ni,,hehe..

Sepanjang latihan tarian memang saya tak nafikan saya asyik tidur dalam kelas je..Tak than ngantuk! Tapi Alhamdulillah..Dah selesai sudah semuanya...
Cuma yang tak boleh nak lupa tu..saya dan roomate silap step! Malu beb!
Tapi kami cover je...Buat 'duno' camtu je...(muka tak bersalah)

Minta maaf ye kawan2 tarian...Tak brapa nak ingat sangat step.Lagipun kami paling "kayu" dalam grup tu.Hehe..Apa pun thanks kawan-kawan sebab bagi rasa pengalaman menari..Happening jugak.Tambah-tambah menari lagu sumazau! Sama macam orang sarawak! ^_^

Nak tengok gambar ,tengok di bawah ni ye,,:)
















Cerita di Kolej

Assalamualaikum...Dah lma sya x update..Terasa macam setahun pulak lamanya..Sibuk betul sejak daftarkan diri kat kolej ni..Sampaikan takder masa nak potong kuku! hehe..
Tapi pagi ni relaks sikit..Sebab hujung minggu..Kalau x..Nasibla nak menaip nih..
#Rindu kat laptop sebenarnya..


Kehidupan kat kolej ni memang tak dijangkakan..Lain dari yang sy fikir.Ingatkan ala2 ipta,tapi lebih "laju" pembelajarannya..Di sini memang tak boleh nak lengah-lengah waktu macam kat u lagi..Amat jauh perbezaannya.Tapi takper..a new things that i can adopt,adopt je la selagi termampu..:)


Pagi-pagi ni tetiba je teringat kat rumah..Kedah.....i miss u badly...Rindu sangat-sangat dengan keluarga kat Kedah..Sabar je la kan..Almaklumlaa anak bongsu..So faham-faham je la..Kalau korang nak tahu,,kat sini sarapan pagi memang agak 'pelik' bagi sy.Manakan taknya...Pagi-pagi dah sarapan sate..aisehh..tak sesuai dengan perut sy!
Dan orang johor ni jugakterkenal dengan tempe..Tapi belum pernah makan pun..hehehee..


Setakat ni semuanya ok je..Tapi agak kepenatan sebab kitorang sekarangakan kejar setiap bab Anatomy..Memang agak letih dengan penuh test,quiz dan assingment.Fizikal mental out dh...


Sekarang sibuk dengan latihan pingpong setiap hari untuk perlawanan persahabatan di kolej Melaka..Harap-harap kolej kitorang menang..Kawan-kawan tolong doakan ya..#Nak aktif dari segi sukan dan akademik.



Tuesday 24 January 2012

Non-tittle



Assalamualaikum semua..
Lama jugak tak update blog ni...Bermacam-macam sarang dah yang bersarang kat blog nih..Sibuk sangat sejak hari pendaftaran kat sini..So far kehidupan saya kat sini agak lah 'kekalutan' sedikit..Maklumlah,semua kerja kena pantas tau! Berbanding dengan diri saya ni,suka rileks je bila buat kerja..So saya anggap ni sebagai satu permulaan yang mencabar bagi saya..Bukan senang nak dapat peluang macam ni..

Cuti raya cina cuma dapat 5 hari je,,tolak 2 hari balik dan datang sini kembali cuma 3 hari je la..Untunglaa orang yang dapat dekat dengan rumah..Tak puas bercuti...Takpe..Tunggu cuti mid-sem ni pulak lah..Sabar je sekarang ni..

Kalau laa dapat diundurkan masa....Masyaallah..Rindu betul dengan kehidupan dulu..Tak perlu susah payah nak risau keputusan exam,gelak tawa teman seperjuangan,luangkan masa dengan mak ayah serta keluarga, dan sebagainya..Tapi semua tu dah tinggal kenangan.Sebak gile..Terima je la kan..Redha dengan kehendak Tuhan..Tawakkal..Insyaallah ada hikmah di sebalik semua ni..

Kata mak,,mungkin kita tak dapat apa yang kita inginkan sekarang tapi insyaallah,Allah akan kurniakan sesuatu yang lebih berharga dan bermakna buat kita pada masa depan..Kata-kata tu je saya pegang selama ni untuk kuatkan semangat hidup di negeri orang..Semoga Allah tabahkan hati saya..Amin..Kuatkanlah hati....