Orang Yang Saya Sayang Sangat!

Meh Singgah Blog Saya!!Komen banyak-banyak tau..terima kasih..Datang lagi yer..^_^

Wednesday, 7 September 2011

Cerita di Hari Raya

 


Assalamualaikum..
Wahh..mood menaip dah ada!happy sesangat..hehee..
Haa,,kelmarin aku citer tak habisla...aku tak bagitau pun aku ke mana hari raya tu kan..haa.meh sini semua..BETA mau cerita..




Alkisahnya_________ 








KETUPAT RAYA
 Pagi raya tu seawal 7 pagi aku dah bangun.Eh,,awal ke tu?hehee sebenarnya tak awal sebab family aku semua dah bangun,cuma aku jer yang menggeliat macam ular sawa kat atas katil tuh.Astaga...hehee penat buat ketupatla katakan..Eh?reti ke aku buat ketupat?Nak kata terrer tu takder la...tapi bolehla sikit-sikit.Tapi kalau diberi bintang..mesti dapat 3/5 je kot?hehe..mak,,sori nah...cek tak pandai buat ketupat sangat!



Lepas aku bangun mandi n pakai baju raya,aku n family aku ke masjid berdekatan rumah aku.Fuuhh..ramainya...Kat situ aku dapat tengok bermacam-macam ragam orang kampung aku dengan baju raya mereka tu.Hehee cantik!Semua orang nampak gembira sangat.Haa lepas  solat raya aku bersalam-salaman dengan semua orang termasukla mak aku..Kami terburu-buru sikit sebab nak ziarah kubur nenek aku dekat tempat lain pulak.Dah lama aku tak pergi,sebabnya adala kan..hehe..Lama jugak kami cari kubur nenek,maklumla batu nisan tu dah lama so dah kabur sedikit cerminnya.Akhirnya jumpa jugak..sedekahkan Al-Fatihah kepada nenek aku..Allahyarhamah Che Jam Binti Che Mat.


Seterusnya kami pun bergerak balik ke rumah.Tapi tak balik lagi,kami singgah di rumah datuk dan nenek aku(sebelah mak) dulu.Bermaaf-maafan dengan datuk dan nenek serta semua bapa/mak saudara aku n sepupu sekali.Sambil tu makan ketupat n rendang nenek aku buat.SEdappp!!yummy yummy!!hehee my favourite..


Mesti korang tertanya-tanya kan aku tak bersalaman dengan ibu bapa n family aku ke?Ehh,,mestila aku bersalam n bermaafan ngan diorang..Lepas balik dari rumah datuk aku laa..Mak,ayah,adik mintak maap yer..sambil mencium pipi mereka.wah..sebak tau time tu...

Apa pun aku dah minta maaf so harap hubungan aku n family akan jadi lebih baik daripada yang biasa!!Aminn..










2 comments:

cayob said...

ala hai...kenapa blog ini...tepinya tu...sempit sangat...lah..perlu di betulkan...


upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

SiTi Nurwani Binti Yusoff said...

aiseh..thanks sebab bagi pendapat tu..Saya dah follow awak..Anyway,thanks sebab datang melawat blog saya yang x seberapa ni..^_^